Monday, May 30, 2011

Pantang.

Assalamualaikum.

manusia ni tak sempurna. kalau tak cacat fizikal. cacat otak. kalau dua2 pun tak then cacat hati. kalau tak jugak cacat cela kat mana2. yang pasti manusia semua tak sempurna. in fact tak ada benda yang sempurna melainkan Allah SWT. aicececehh. pantang juga satu benda yang aku anggap kecacatan. yela. dah berpantang kau rugi laa. pantang makan seafood laa hape la. itu pantang yang objektif macam tu. ini pantang yang maksudnya pantang larang. yakni perkara2 yang dianggap tidak boleh dilakukan menurut kepercayaan masing-masing dan jikalau dilakukan sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap si pelaku yang melanggar pantang. pantang juga boleh ditakrifkan untuk orang baru lepas bersalin. itu lain cerita laa.

dah sejak 19 tahun aku hidup dengan jasad dan nyawa aku ni. alhamdulillah. aku menilai sendiri hidup aku setiap kali aku rasa perlu. bila over aku nilai. bila kurang aku nilai. banyak yang dinilai tetapi pantang juga yang menarik minat aku terhadap diri aku sendiri. ini beberapa pantang aku :
1. orang lain tak boleh kacau aku masak. kalau tengah mood masak. biar aku sorang kat dapur. dengan resepi aku sendiri. dengan cara aku. ORANG LAIN TAK BOLEH TAKE OVER LANGSUNG. yeahh amaran disitu. ini kalau memang mood aku tengah rasa membuak2 nak masak laa. pernah satu hari aku tengah masak nasi goreng dan nenek sudah menelefon berkali2 untuk mengambilnya pulang dari mengaji. lalu emak pun memvolunteer kan diri untuk sambung masak nasi goreng aku. aku pun bagi dengan berat hati. serius tak tipu. aku dapat rasa darah naik kat muka rasa macam nak meletup pun ada. aku pun tak faham kadang2 kenapa boleh jadi macam tu.tapi itulah pantang aku.
2.tak boleh tengok orang susah. *ini pun pantang ke (?) entah laa. yang pasti aku tak boleh tengok orang susah ni. mesti nak tolong. aku jahat. serius aku jahat. tapi lemah bila tengok orang susah. dalam konteks aku ni orang susah yang betul2 susah. tak ada duit bukan kerana kemalasan diri sendiri yang takmahu usaha tetapi tak ada duit kerana mendahulukan orang lain atau mendahulukan kos2 lain seperti perubatan dsb. kiranya aku ni pantang tengok bersamamu laa. (?) satu fakta tentang bersamamu. jangan terlalu sedih dengan orang yang tak ada elektrik lalu menggunakan lilin sebagai alternatif. ini kerana harga lilin sebatang jauh lebih mahal dari minyak tanah. *fikir dahulu sebelum menderma.
3.pantang ini mungkin berkaitan dengan yang no.2. aku tak boleh tengok orang tua yang kalau jalan2 tak ada orang nak pimpin dia. kecuali laa kalau anak cucu dia ada. pernah satu hari di Lumut. waktu tu aku tengah explorace. habis satu Lumut aku jejak. dan setiap langkah aku pergi itu laa aku nampak seorang makcik ni. umur mungkin 60 tahun lebih. keadaan tak terurus. tetapi bertudung. berbaju kurung. membawa satu beg beroda dan ditariknya kemana2 dia pergi. entah apa isi didalam. pertama kali aku terserempak dengan makcik tu. dia tengah makan di sebuah kiosk. kali kedua aku nampak dia berjalan di belakang aku. tergerak hati nak mendermakan sejumlah wang tapi yelahh aku dalam explorace kan.kali ketiga. jumpa lagi dia tengah makan di gerai tepi masjid di Lumut tu. kali ni aku nekad nak bayarkan apa yang dia makan. tapi.. biar Allah je tahu.

itu jelahh kot pantang aku. segala ayat yang digunakan dalam entri kali ini agak serius. masih terngiang2 kenapa pantang yang no.1 aku tu terlalu menguasai diri.

No comments:

Post a Comment