Monday, May 30, 2011

Pantang.

Assalamualaikum.

manusia ni tak sempurna. kalau tak cacat fizikal. cacat otak. kalau dua2 pun tak then cacat hati. kalau tak jugak cacat cela kat mana2. yang pasti manusia semua tak sempurna. in fact tak ada benda yang sempurna melainkan Allah SWT. aicececehh. pantang juga satu benda yang aku anggap kecacatan. yela. dah berpantang kau rugi laa. pantang makan seafood laa hape la. itu pantang yang objektif macam tu. ini pantang yang maksudnya pantang larang. yakni perkara2 yang dianggap tidak boleh dilakukan menurut kepercayaan masing-masing dan jikalau dilakukan sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap si pelaku yang melanggar pantang. pantang juga boleh ditakrifkan untuk orang baru lepas bersalin. itu lain cerita laa.

dah sejak 19 tahun aku hidup dengan jasad dan nyawa aku ni. alhamdulillah. aku menilai sendiri hidup aku setiap kali aku rasa perlu. bila over aku nilai. bila kurang aku nilai. banyak yang dinilai tetapi pantang juga yang menarik minat aku terhadap diri aku sendiri. ini beberapa pantang aku :
1. orang lain tak boleh kacau aku masak. kalau tengah mood masak. biar aku sorang kat dapur. dengan resepi aku sendiri. dengan cara aku. ORANG LAIN TAK BOLEH TAKE OVER LANGSUNG. yeahh amaran disitu. ini kalau memang mood aku tengah rasa membuak2 nak masak laa. pernah satu hari aku tengah masak nasi goreng dan nenek sudah menelefon berkali2 untuk mengambilnya pulang dari mengaji. lalu emak pun memvolunteer kan diri untuk sambung masak nasi goreng aku. aku pun bagi dengan berat hati. serius tak tipu. aku dapat rasa darah naik kat muka rasa macam nak meletup pun ada. aku pun tak faham kadang2 kenapa boleh jadi macam tu.tapi itulah pantang aku.
2.tak boleh tengok orang susah. *ini pun pantang ke (?) entah laa. yang pasti aku tak boleh tengok orang susah ni. mesti nak tolong. aku jahat. serius aku jahat. tapi lemah bila tengok orang susah. dalam konteks aku ni orang susah yang betul2 susah. tak ada duit bukan kerana kemalasan diri sendiri yang takmahu usaha tetapi tak ada duit kerana mendahulukan orang lain atau mendahulukan kos2 lain seperti perubatan dsb. kiranya aku ni pantang tengok bersamamu laa. (?) satu fakta tentang bersamamu. jangan terlalu sedih dengan orang yang tak ada elektrik lalu menggunakan lilin sebagai alternatif. ini kerana harga lilin sebatang jauh lebih mahal dari minyak tanah. *fikir dahulu sebelum menderma.
3.pantang ini mungkin berkaitan dengan yang no.2. aku tak boleh tengok orang tua yang kalau jalan2 tak ada orang nak pimpin dia. kecuali laa kalau anak cucu dia ada. pernah satu hari di Lumut. waktu tu aku tengah explorace. habis satu Lumut aku jejak. dan setiap langkah aku pergi itu laa aku nampak seorang makcik ni. umur mungkin 60 tahun lebih. keadaan tak terurus. tetapi bertudung. berbaju kurung. membawa satu beg beroda dan ditariknya kemana2 dia pergi. entah apa isi didalam. pertama kali aku terserempak dengan makcik tu. dia tengah makan di sebuah kiosk. kali kedua aku nampak dia berjalan di belakang aku. tergerak hati nak mendermakan sejumlah wang tapi yelahh aku dalam explorace kan.kali ketiga. jumpa lagi dia tengah makan di gerai tepi masjid di Lumut tu. kali ni aku nekad nak bayarkan apa yang dia makan. tapi.. biar Allah je tahu.

itu jelahh kot pantang aku. segala ayat yang digunakan dalam entri kali ini agak serius. masih terngiang2 kenapa pantang yang no.1 aku tu terlalu menguasai diri.

Thursday, May 26, 2011

Teluk Intan ; the 12 hours journey.

Assalamualaikum,

disini ai nak cerita dulu jadual ai dari hari isnin sampai sabtu. *ai kan workaholic. haha.

Isnin : kemas rumah :)
Selasa : am - Klang. pm - Ampang
Rabu : am - Rawang. pm - KotaDamansara
Khamis : TelukIntan - Lumut.
Jumaat : Ampang
Sabtu : Himpunan Sejuta Belia.

memandangkan ai tulis entri ni hari Khamis. so ai nak cerita pasal ai pergi Perak l
aa. haha.
journey gua start pukul 7am. memang salute lahh kawan gua ni. bawak tak pernah kurang 90km/h. gilaa laju. 2 jam dah sampai Teluk Intan. blahblahblah amik sijil SPM dia. then pergi Menara Condong. bhahah. ai kan bersejarah punya orang. *cehhh. haha. gua jadi excited sebab dapat banyak shots ouhh. then jalan pergi Lumut pulak. tengok2 laut. *orang batak laut kannn. then pukul 4 dah bertolak balik. *anak yang baik mesti balik awal :)
on the way balik. *ikut jalan Sabak Bernam. gua dengan excitednya pulak tengok padi2 yang tengah best. duhhh. tunggu kau padi. aku geram je tengok. dah lama kott nak photoshoot kat sana -_____-'. and otw balik jugak gua excited nak mencari rumah cik Enan. aku suruh tunggu tepi jalan taknak dia ni. m
aka dia punn tunggu kuar beranda. dengan jelas aku nampak macam mana dia lambai2 kat aku. haha. SUMPAH KELAKAR bedah ooi. yang aku pulak pergi jerit EHHHH BEDAHHH! haha. maaf ye Cik Enan. ni 7 keping gambor yang aku sanggup edit dan compress. mata dah korea ni. haha. bhaaaaaai.


Tuesday, May 24, 2011

pick baru.

assalamualaikum.

haha. ni nak tunjuk dengan cik enan pick baru aku.
ni yang aku baru beli.




ni yang hilang entah kemana.



ni yang aku nak kau beli. hehe.

takdelah enan. aku memain je. berah berah. haha.

Monday, May 23, 2011

Pernah Tak..

Assalamualaikum,

harini tengah lepak2 tetiba datang satu idea nak tulis pasal ni. haha. pernah tak hang? blablabla. macam2 gua nak tanya ni hah. ok2 lets get this partayyyy starteddd.


1. PERNAH TAK hang pergi Mcd ke Kepsi ke. mana2 lah yang agak2 francais antarabangsa sikit then nak order makanan. hehe *bangang apa aku tanya ni kan? ok. hang dah beratuq punya panjang ni kan. pastu dah decide laa nak makan apa nak air apa. susun ayat dalam kapla hotak pun baik punya dalam BAHASA OMPUTIH. haha. lepas tu sampai turn hang orang tu tanya. HAI, SELAMAT DATANG KE ........, MAKAN SINI K
E? haha. confirm2 laa hang jawab dalam melayu jugak kann? tak payahlaa nak berlagak sangat gua nak kata. boleh korang nak cakap dalam BI tapi dah sesama melayu tuu cakap je laa bahasa Melayu. hang tak bangga ke? kalau grammar betul tak pe laa jugakk. haha. *tak niat nak kutuk sesapa eahhh. just kelakar jee.


2. PERNAH TAK hang jalan2 dekat Bukit Bintang lepas tuu hang rasa penat. hang dengan rakan2 punn pi laa du
duk dekat tangga yang dekat monorail tuu. tengah hang dok syok2 duduk sambil tengok pakcik silver, gold dengan bronze tu bergambor tak punn malam tuu ada basking ke. tetiba ada polis dok datang dekat dengan hang mintak IC. yess identity card. haha. benda ni pernah jadi dekat ai tauu. hikss. dah laa time tu aku punya pemalas nak bawak IC. mana tak gelabahhayam aku time ituu. dengan muka selamba radak gua cakap.'tak bawak encik. lagipun saya duduk sini sebab kaki kawan saya ni sakit'. haha. baik punya alasan. gua pun terlepas. fuhhhh.


3. PERNAH TAK hang bangun dari tiduq ja. tengok makanan satu habuk pun takdak. mana tak bangun tengahari terik. hang pun pi laa masak. konon2 nak masak sedap2 laa. alang2 makan tengahari terus. semangat2 masak ni hah. hang capai je apa ada dalam peti sejuk buat bahan. ayam beku. sayur kecut. bedal je laa kann. lepas dah siap2 masak ni. satu benda je hang lupa nak boh. GARAM. -______-'. benda ni memang selalu terjadi kat aku. malas ahh nak cerita panjang. aku boh garam atas makanan tuu. bila makan hang rasa laa garam tu crunchy2. hahah.

okayh. setakat tu je pernah tak yang sempat ai fikirkan. hehe. bhai.

Friday, May 20, 2011

Resepi : Cheese Baked Macaroni *adapted from Cooking For Real.

Assalamualaikum.

haha. harini gua nak bagi resepi seperti yang tertera dekat tajuk lahh. kalau tajuk kata air masak. air masak lahh ye. time2 cuti ni tambah2 pulak dengan Astro Byond yang ada channel Food Network gua punn tak pernah miss nak tengok channel ni. hari2 diorang masak sedap2. tapi yang tak bestnya mesti ada masak ba alip ba ya. yang tambah tak best tengah2 syok ni plan laa konon2 nak masak benda tuu. last2 nahh kau arak d
ia letak. aduhh. kecewa hampa akuu. bayangkan kek coklat sedap2 ni.


"ok, we'll have to put some alcohol to kick up the t
aste". 'some' kepala otak2 kempas dia lahh. letak separuh botol kata some. kick up the taste konon. chooyyyy. pape pun ada jugak yang dia masak kira aku boleh in sekali laa. hihi.
baiklahh tuan2 dan puan2. sebelum lebih banyak chef Bruno nak merepek mari kita tengok bahan2 yang diperlukan:


1. Macaroni - tak kesah lahh jenis apa pun. jangan kau letak spagetti dah laa.
2. Grated Cheese - Parmesan is the best. *pronounced as par-me-syan.
3. fresh milk 250ml - apa2 jenama janji tak ada perisa okayyy.
4. butter @ minyak sayuran @ olive oil - tiada paksaan dari mana2 pihak.
5.tepung gandum - bukan gundam tapi gandum.
6. sayur2 @ ayam dipotong cube - ini optional.
7.bread crumbs - untuk crispy.

cara2nya yeahh puan2 *sebelum ai lupa ini masak untuk 2-3orang :
1. didihkan air sampai betul2 mendidih letak a pinch of salt then baru boleh rebus macaroni. kalau air tak betul2 panas macaroni akan rasa hampas sikit. haha itu tipu. aku tak tahu lahh jadi apa. tapi itu cara yang paling bagus.
2. dalam periuk yang lain *jangan kau balun dalam periuk mac
aroni tu sekali pulak. cairkan butter (ikut berapa banyak kau masak) atau kalau pakai minyak panaskan minyak. tapi better pakai butter okayy puan2. then bila dah cair masukkan sesudu tepung. gaul2 then kalau nak letak sayur letak sekarang.
3. masak sayur sekejap *kalau ada. then letak fresh milk ituu. biar sampai mendidihh.
4. tutup api then biarkan yang kau masak tadi cool. sementara itu boleh laa hang toskan macaroni.
5. dah cool. masukkan grated cheese tadi dan gaul2. memang bila dah campur bahan2 tadi macam sticky. the stickier the better. then masukkan macaroni. then gaul hingga sebati.
6. masukkan dalam satu bekas yang tahan microwave. jangan kau pakai bekas plastik pulak. kalau boleh nak yang correlle tu lagi elok. Microwave save.
7. taburkan sekali lagi grated cheese atas macaroni tadi kali ni tabur sek
ali bread crumbs untuk crispy.
8. masuk dalam oven @ micowave *ai tak tahu apa beza dua ni. hehe. yang dah di pre-heated selama 3minit. 320 darjah Celcius *skema sikit. lepas tu bakar macaroni for 15-20 min pada suhu yang sama.

ini yang ai buat :)

SIAPPPP. boleh makan. haipp. baca Bismillah dulu.
Ok Bhai. Jangan lupa cuba resepi ni. Bhaiiiii.

Saturday, May 14, 2011

BRUNO MARS.

Assalamualaikum. *ini tuan punya blog bagi salam eah. bukan Bruno Mars.

entah kenapa aku minat sangat dengan Bruno Mars ni pun aku tak tahu. dia start dipandang orang sejak lagu Billionaire dengan Travie McCoy tapi itu pun orang ingat dia backup backup je. lepas tu start lahh lagu nothing on you itu pun aku rasa orang tak nampak dia lagi kutt. bila masuk je lagu Just The Way You Are. haha. gua mula respek ini mamat. lepas itu Grenade lepas tu The Lazy Song then Talking To The Moon. pheww. semua masuk billboard Top 100 kott. suara husky2 menjadi kegilaan ramai pulak. orang kata dia ni keturunan pendek2. muka ala2 melayu. ehh lantak aku laa nak suka si pendek ni. janji aku suka. haha.
nak cerita pasal rambut dia ke tak perlu? aku rasa perlu biar jadi inspiration kepada sesiapa yang nak potong rambut tu. kau show je gambar ni dekat macha kedai gunting confirm dia tahuu. haha.


jangan kau sedar2 dari tidur sambil macha potong rambut muka kau jadi macam hero tamil sudah laa. haha. tapi not bad apa. ce tengok ni. kalau masuk sekolah cikgu tak marah. haha.


jangan kau masuk sekolah bermisai dengan pilot shades tuu dah laa.

baiklahh. harini saya rasa nak tumbuk2 muka diatas ni haa. *menyesal aku upload. chehh. hilang mood nak bercerita pasal Bruno Mars kang terus masuk cerita Tamil nanti kau tak paham pulak.

okayh2 jom cerita pasal. hihi ai malu nak cerita.
ini memang dah melencong habis laa dengan tajuk entri ni. ahh. biar ahh dohh. blog gua suka gua laa.
tapi first hang kena baca ni dulu.

klik untuk besau besau.

hihi. sumpah aku malu time ni. tengah semangat2 ber-Merong Mahawangsa boleh pulak ai salah. haha. tapi sebenarnya memang gemar pun yang aku dengar si Kemawas tu sebut.

'EMPANGAN KALAU DAH DIBUKA MASAKAN DAPAT DI TAHAN AIRNYA"

xoxo,
Kemawas si Kebal

--___________-- hihi.

Wednesday, May 11, 2011

Alkisah Lorong Hj Taib.



entah kenapaa laa ada lorong macam ni. kesian nama taib especially yang dah naik haji. hehe. baru betul kerana nila setitik rosak susu sebelanga. aicehhh.
bagi sesiapa yang duduk bawah tempurung meh sini aku cerita sikit latar belakang lorong haji taib. ok. google lahh sendiri. haha. tapi hang sendiri tahu kann lorong ni terken
al dengan pemborong2 barang dari china macam jam, mainan, blah blah yang selalu hang jumpa kat pasaq nuhh. semua itu datang dari satu tempat atau ada satu plaza di lorong haji taib yang bernama Plaza GM. tapi di sebalik kemeriahan pemborong2 itu terdapat kisah hitam di celah lorong2 haji taib itu. aicecehhh. macam majalah 3 dahh.



Plaza GM

ini kisah aku sendiri. aku tak ada lahh kerap sangat pergi Plaza GM ni. yelaa temankan mak aku nak beli kristal laa bagai. tapi yang pasti aku dah masak sangat dengan orang2 tepi jalan yang jual sex toys ni. haha. bagi budak2 yang bawah umur. JANGAN GOOGLE SEX TOYS OKAYHHHH! ini satu amaran ni. haha. bukan setakat sex toys yang diorang jual. ubat kuat. ubat kuda. ubat besar. ubat ketat semua ada. modus operandi mereka macam ni.



pelanggan datang *yang aku tengok biasanya tak keluar kereta.
orang yang jual datang dekat2. then tanya nak apa. *biasanya diorang dah kenal customer.
pelanggan pun bagitahu nak ubat blahblahblah.
jurujual bagi duit dekat tukang amik supply dekat belakang lorong. *actually yang diorang display adalah sample @ sekadar kotak sahaja.
pelanggan dapat barang and bayar dekat jurujual. *kiranya jurujual dahulukan duit dia dulu laa baru ambil duit dekat pelanggan.
pelanggan punn blah.

ni lagi satu keistimewaan tempat yang bernama lorong haji taib ni. keistimewaan ke?

sini laa port hang nak tengok betina cap thailandd. haha. ada satu malam ni aku ajak rerakan aku ke lorong haji taib. memang jam pun menunjukkan waktu yang pelacur2 dan pondan2 sedang berkeliaran. masuk je lorong tuu. perghhh. mata meliar tengok pondan. hehe. haipp tahan nafsu sikitt. tapi yang sereeeeem nya. akan ada mat mat motor ikut hang. kawan aku kata. *dia kata macam ada pengalaman je. haha. kawan aku kata mat mat motor ni yang tolong carikkan pelanggan untuk pelacur2 ni. ouhhh. camtuu ke? diorang bukan bapak ayam. tapi kira macam kuli bapak ayam laa. hehe yang bestnya. tengah kitorang melilau2 mata ada pulak sekor pondan ni bolehh nak catwalk tengah jalan. aduiii. dalam kereta gua dah menyumpahh daa. ehh tepilaahhh pondan! aku langgar punggunggg hang kang! dah laa time tu tengah cuak mat motor tu tengah ikut kitorang. lepas tu sumpah taknak masuk lorong tu lagi dahh. i mean waktu2 macam tuu. haha.

ok laa. mak gua punn dah usha entri ni. bikin aku maluuu. hihi. dia kata.
'apaaaaa laa kau buat ni?'
'hehe tak ada apa laa.'
so sampai sini je eahh. kalau ada berita sensasi dari lorong haji taib nanti aku update. haha.

Friday, May 6, 2011

adik yang sweet ;)

assalamualaikum.

harini saya nak bercerita pasai adik saya yang sangatttttt sweet. entah kenapa dia sangat sweet pulak dengan saya. haha.
keletung keletang bunyik orang bukak lemari kat dapur. gua ushaa laa sape pulak yang memasak pukul 11malam buta ni. *buta ke? tengah asyik tengok tv ni terpaksa di alihkan kat dapur pulak.
i toleh nampak lahh seorang budak kecik * kecik ke? umuq 11 tahun dah che' oooi. sedang mengeluarkan bekas gula dari lemari.
'kau nak buat apaa tu ooi?'
dia diam tak menyahut. dalam hati aku lantak kau laa nak buat apa. tapi lagi sekali aku tanyaa.
'hang nak buat apa tuuuuu?'
diam lagi. siutt budak ni. -_-'
dalam hati aku rasa yang dia nak buat air. anak abah laa katakan. memang pakar buat air budak kecik ni.
tanpa mengetahui apa yang dia bakal buat aku pun order lahh jugak.
'oooi! aku nak jugak.'
lebih kurang sepuluh minit kemudian ;

dia datang bawak nescafe ais. NESCAFE AISSSS DERRR!

part ni aku terharu gilaaaaaaa. biaq betuii budak ni?
ok laa. aku tak terharu mana punn cuma terkejut je. aku main2 je kutt. patut laa lama semacam kat dapurr.
haha. baguih tak baguih adik mithali macam ni. biarpunn dia ada sikit annoying tapi malam ni aku rasa nak buat baik dengan dia.
maka aku punn ajak laa dia main tutup botol.

alaa. yang main timbang pastu jentik tuu.

time tuu aku dah lead 66 main dengan seorang lagi adik aku.
dengan kehadiran dia yang datang bawak air dan tetiba kata nak main maka aku punn terpaksa restart game. huihhhh ingat senang ke nak lambung tutup botol sampai dapat 66? nak jentik2 lagi. skill kena hebatt ouhhh.
dah restart game aku punn tegukk lahh air dia.
makkkk aihhh! manis kalah kedai mamakk. lori gula tumpah kee adikkkk?
'kau nak aku kencing keluar gula ke?'
dengan nada baik2 sambil gelak2. hehe.
bagus dia ni tak melawan aku balik punn. haha.
maka game malam itu pun ditamatkan dengan seperti biasa aku lead 54 dia 36.

THANKS AMMAR FAKHRUDDIN FOR THE NESCAFE AISSS!

gambar diambil dan di edit semata2 untuk facebook beliau. maju budak2 zaman ni.

Tuesday, May 3, 2011

yeahhh! at last ; HOLIDAYY!


dengaq sini orang orang kampungg
*haha.

harini aku jawab paper STATIK dengan penuh condifentnyahhh! haha. bila fikir balik kenapa puan STATIK tu suka benor beri markah pelik2. contohnya : 10 markah untuk FREE BODY DIAGRAM ini.

apa2 punn gua dah jawab walaupun jawapan tapehape. janji kertas jawapan bertulis. haha.
ok. malas nak cerr pasal benda dah lepas. kalau gua kenang2 balik punn bukan boleh tetiba ubah jawapan gua yang dah hantar tuu. *haipp sopan sikit.
saya *aicecehhh. balik naik motor tadii. tu yang best tuu. rasa lahh jugak balik kampung. kalau nak compare dengan orang yang duduk jauhh lagi kesian kutt. *blah laa lu. rumah dengan kolej tak sempat panas punggung dah sampai. 30 minit jugakk ahh. laju tak laju jugak saya bawak. alaa yamaha LC je punn. *je? aku sepak kang!

inilaa rupa LC bukan saya punya. tapi kaler hijo.
before bertolak *macam nak journey balik utara lahh lu critaa! *eyh biarlaa.
1. isi minyak RM3. cukup laa tu. itu pun dah full tank.
2. tukar side mirror. *ini memang dah lama hajat.
3. baca doa naik kenderaan. *ini gua paling ingat sekali. haha.


hafal ni. ada lahh kesedaran sikit kalau terasa nak bawak 120 tuu.

sesampai sahaja di sungai buloh. alangkah hampanya aku tadak orang di rumah untuk menyambut kepulangan dinanti *aicehh. maka aku pun ke rumah tok.
sampai2 je tok terkejut nampak aku masuk rumah pakai helmet.
'hang dari mana ni?'
'dari kolej laa.'
'dari KL tuu?'
'yalahh takkan johoq kutt.' *gurau jaa.
'berani hang?'
'ehh biasalahh' *ini ada rasa bangga sikit. haha.
'tadak kaa orang mengejut2?'
'hah?'
'tadak ka orang tetiba brek ka. apa ka.'
'tadaklahh. saya penunggang berhemah' *ok itu tipu. haha.

dahh dahh. penat aku cerita. yang pasti gua dah habis 2 semester derrrr.
DUA SEMESTER = SATU TAHUN PENGAJIAN
begitu cepat masa berlalu. haihh.
tahun depan haa amik kau. 7 subjek gua amik derr. pening akuuu. *ok tamau cerita.
yang penting sekarang gua tengah HOLIDAY!


ini kawan aku. tengah bercuti.


ini gua pesan kat you alls okayhh. *ignore the hair and eyebag.