Thursday, November 3, 2011

sekali lagi aku bermadah.


Assalamualaikum :)

harini aku kekecewaan aku tak sedikit pun terubat. hari2 memikirkan masalah yang sama. betul lah apa yg semua org cuba katakan. manusia tak pernah puas dgn apa yg mereka ada.
cuba kau fikir kata2 usman awang ni.

merendah bukan menyembah , meninggi bukan melonjak.

tapi dah bilamana kau lupa asal tanah. bilamana kau rasakan langit boleh dicapai. kau lupa segalanya.
manusia manusia.
mencanang kau cari sejadah bilamana kau susah lalu teringatkan Maha Esa.
berbuih mulut kau meminta pertolongan dari-Nya pabila kau rasa kesusahan itu boleh dipulihkan dengan menadah doa.
ASTAGHFIRULLAH
betapa kotornya kau ni manusia. sudah hilang nyawa baru nak terngadah. hahh. takda guna manusia. takda.





Saturday, October 22, 2011

sukahatiakulahhnaktulisapaa :)

Assalamualaikum :)

gila lama aku tak update blog ini sampai agaknya kalau boleh self destruct laa blog ni dah lama berkecai tinggal kenangan kott. *kau faham ke ayat robotik aku ni?
mood karang blog hanya akan datang pada bulan mengambang penuh atau anak bulan kelihatan baruuu lahhh akan adanya entri baru dari aku. jadi jangan salahkan bulan dan anaknya jika aku tak menulis blog ada reti semua?
baiklah tajuk pun macam nak maki orang je bunyinya. bukan apa salah sendiri aku terkenang kembali dan amat menyesalinya. aku bukan lahh sehebat si polan yang mengarang "bogel menuju tuhan" itu. dia jauh lebih hebat dari aku. tiada apa yang perlu si polan sesalkan. yang aku sesalkan ialah kebengongan aku sendiri yang mengantoikan toyol lalu terima lahh tamparan hebat dari encik TE. A MINUS. itu tamparan yang paling hebat aku rasa. aku terima seadaanya sebab ianya masih A. yang aku tak boleh nak terima MINUS itu. ianya merosakkan prestasi aku. lagi sekali anugerah dekan aku tolak jauh2. biarkan ia pergi bersama angin. *macam sebelum ni aku dekan je. HAHA.
tadelah ; aku rasa matchface laa aku diperlakukan sebegitu. layak dengan bidang yg aku expert. PhD in Examination Manipulator. kalau itu laa kelayakannya akulaa pakarnya bersama2 rakan seperjuangan yg tak kurang hebatnya. BIE. Hoho.
OK BHAI semua. jangan biarkan malam anda tinggal suku baru nak jejakkan kaki ke katil. sekian :)

Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri 1432H/2011

Assalamualaikum :)

berakhir sudah satu lagi Ramadhan yang mulia yang penuh dengan dugaan nafsu. Syawal sepatutnya tidak diraikan secara besar besaran tetapi budaya dan tradisi di Malaysia yang merayakan aidilfitri lebih meriah daripada aidilAdha.

PAUSEEEEEEE KEJAAAPPPP

apa aku merepek ni? yes yes aku akui yang aku juga merayakan Aidilifitri lebih meriahhh, vogue, retis, diva, datin dsb mihihihihihihi :) buka facebook jam 2ptg tadi dah ada yang tukar profile picture termasuk laa akuuu. huishhhh rancak *hatiku berbisik. buka lagi sekali jam 1245am makaihhhhh. semua dah tukaq? dasyat you olls ni. yang tak tukar tu antara dua je aku rasa. samaada kampung halaman mereka tadak langsung line internet atau coverage ataupunnn mereka rasa tidak patut digembar gemburkan wajah mereka di pagi syawal *ayat selaka aku dah start balik -.-'
okayhhh mari aku sajikan you olls dengan gambar2 koleksi peribadi *ayat artis di hari raya sayaa.

ini Raya Eve. punya excited kanak2 ini bila pakcik mohor besau raja2 umum rayaa.

gua sedang bergedik gedik :)

kalah main congkak dengan kanak2 ini laa -.-'

ini cu. dia sakit. tolong doakan dia sembuh yeaaa. amin ya rabal alaminn

tak hadap dahh mainan tradisional seperti yang tadi. tak reti katanya. dalam hati gua terdetik apa salahnya main PS unsur2 permainan tradisional sikit.

notakaki : gua berapa kali tercirit harini. makan apetahhhh. hahaha.

ASSALAMUALAIKUM SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUAAAA :)




Tuesday, August 23, 2011

Sahabat :)

Assalamualaikum semua :)

saat gua tulis blog ni dah masuk 24 Ramadhan. cepat gila dohh masa berlalu. baru rasa macam semalam je berniat puasa. *aiceceh. padahal kau tengah bersuka ria dengan kedatangan Incik Bulan. bhahahaa.

gua nak bermadah berzanji ini malam. tak salahkan?
tika umat manusia sedang lena di ulit mimpi. ada yang basah ada yang ngeri. gua datang dengan satu idea untuk berbicara tentang sahabat. gua bukanlah seorang sahabat yang perfect tapi cuba untuk jadi sehampir dengan perfect.

adalah dikatakan SAHABAT bila seseorang itu sanggup dengar kau bercerita walaupun benda itu merepek meraban. pasal wetdream kau laa. pasal selipar kau putus tatkala kau ke pavi laa. pasal kucing beranak laa. SAHABAT setia mendengarnya.

adalah dikatakan SAHABAT bila dia tak melarang kau buat jahat dengan niat dia nak kau sedar sendiri. dia juga turut terlibat dengan kegiatan jahat kau itu tapi berjanji dengan diri sendiri itu adalah kali pertama dan terakhir dia join kau buat kerja jahat. ada faham ke tak faham? *ada ke aku cakap macam pengacara edisi khas tu? Karam di lautan apetah nama dia. SAHABAT tu laa yang sanggup backup kau bila dah terkantoi buat jahat.

adalah dikatakan SAHABAT bila dia sanggup menemani kau kemana saja di seluruh pelusuk dunia ni tak kira pukul berapa sekali pun tak kira dekat mana sekali pun.walaupun kau nak melantak mi mamak tengah2 malam. even kau nak beli aiskrim dekat 7E sebelah rumah. SAHABAT je laa yang nak ikut dan temani kau.

adalah dikatakan SAHABAT bila dia pergi ke merata- rata tempat carikan benda yang paling pelik kau idamkan kat dunia ni. macam cengkerik masak lemak ke.air rendaman badak ke. benda yang pelik2 lahh. tak dapat diterima akal. SAHABAT ini akan carikan sampai jumpa dan mengembalikan senyuman ke muka kau yang dah mentahi itu.

adalah dikatakan SAHABAT bila dia datang menjemput kau right on time walaupun dia terpaksa rempuh lampu merah dan naik divider untuk ke seberang dan akan juga nekad untuk mengencing pakcik polis jika ditahan dengan menyatakan alasan yang pelik2. SAHABAT ini sanggup buat semua kerja bahaya itu sebab taknak biarkan kau duduk termenung lama2.

okay. selesai sudah gua bermadah. madah diatas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang terasa hatinya. mihihi.

Friday, July 29, 2011

status blog : updated *setelah sekian lama :)

Assalamualaikum kawan2 :)

di hari yang mulia ini *hari jumaat tambah pulak minggu depan nak puasa maka dengan titah perintah duli yang maha mulia yg dipertuan agong. saya penyimpan mohor besar raja raja INGIN MENG-UPDATE BLOG SAYA YANG SUDAH BERKEPUK HABUK BERSARANG LELABAH BERTELUR CICAK INI. sek
ian terima kasih.

aku nak cerita apa ni enan? buntu laa. *bermonolog sebentar.

haa. meh cerita pasal pengalaman puasa aku. hehe. *mesti enan suka :)

aku start puasa benar2 masa darjah 3 kott. itu pun entah laa penuh ke tak. hihi. yang paling aku tak boleh blaa sekali masa darjah berapa entah. adik2 aku tak puasa. mak aku pun masakkan mi megi. biasalaa
kalau kanak2 makan megi mesti tak habis. maka terbiar lah megi itu atas meja. hari itu puasa dah suku hari *petang laa maknanya tu ;bebal. aku dengan nafsu yang membuak2 tengok megi yang tak habis tu lalu diambil mangkuk berisi megi itu dan makan didalam toilet. YESSSSSS TOILET. buruk perangai. bukan bilik air ye tuan tuan. T-A-N-D-A-S. punyalaa nikmat aku makan megi tu. isk isk. macam dah setahun puasa rasanya. dah makan pekena pulak ayaq paip dalam toilet tu. huuuuuuuihhhh wa cakap sama lu. kenyang macam dah makan sekor kambing je rasa. bhahaha. memang geli kalau ingatkan balik. gila pengotor sial kau ni. hehe. nak buat cemana. dah aku lapar. *maaf bermonolog dengan diri sebentar.



ni lagi satu cerita. darjah enam. okay darjah enam kalau tak puasa nak
kena penampar ke? darjah enam ye guyss. tak puasa bersebab. hihi. aku pergi makan buah manggis depan cousin aku yang puasa. dia kata tak tahan dohh tengok kau makan manggis. yang aku ni pulak setan. alaa. makan je laa. tak payah takut. nah makan satu *sambil hulur sebijik kat dia. hehe. nasib laa iman dia kuat. kalau tak memang berjaya laa aku menyetankan dia.



okay ini yang betul2 berdosa punya kisah tak puasa. FORM 3. ini memang sial sikit. masa tu betul2 habis paper
PMR. jumaat. and yess i remember the day *rasa bersalah punya pasal sampai ingat hari. aku bukak puasa dengan kawan2. yang kawan aku ni sah sah tak puasa. kafir celup laa katakan. *maaf ayat menganjing sikit. memang tengah tunggu azan kott time tu. ku boleh pulak pergi ikut dia minum air sebelum azan. padahal lagi berapa minit je kott. huishh. aku time tu boleh pulak gelak2 sebab ter-opps. tak puasa. ahhhh. bila fikir balik memang nak cakap sial je kuat2.

okay laa. azam puasa tahun ni nak dapat keberkatan dari ALLAH SWT. lagipun mak dengan abah nak pergi haji. mintak2 puasa aku kali ni disertakan dengan doa supaya mak dengan abah selamat pergi dan pulang also dapat haji yang mabrur. AMIN.

SELAMAT BERPUASA YEAHH KAWAN2 :)

p/s : jangan baca blog ini di bulan ramadhan jika anda tak tahan tengok megi dan manggis dia atas.

Thursday, June 2, 2011

barang yang PERLU di beli untuk semester baru. *semangat!

Assalamualaikum.

cuti tinggal beberapa jam je lagi. nak bukak semester baru dah. sem ni banyak subjek dohh. semua berat2. berkilo2. tapi yang penting untuk semester baru ni. nak lahh barang yang boleh menaikkan semangat aku nak study. hihi. tengoklah nak beli ke tak. tapi yang penting mesti ada by this sem. haha.

peliknyaa semua yang aku nak ni kasut. haha. malas gua nak cerr. sekarang ni tak suka pakai kasut. rimas. tapi nak jugak. haha.
hihi. nakkkkk sangat kasut2 di atas.


ripcurl is my favorite brand for flip flops :)

ni entah dapat ke tak. kena tunggu gaji ke berapa entah. :D

dan yangggg paling penting untuk sem ini.


buku2 untuk sem ni confirm ratus2 punyaa. haihhh.







Monday, May 30, 2011

Pantang.

Assalamualaikum.

manusia ni tak sempurna. kalau tak cacat fizikal. cacat otak. kalau dua2 pun tak then cacat hati. kalau tak jugak cacat cela kat mana2. yang pasti manusia semua tak sempurna. in fact tak ada benda yang sempurna melainkan Allah SWT. aicececehh. pantang juga satu benda yang aku anggap kecacatan. yela. dah berpantang kau rugi laa. pantang makan seafood laa hape la. itu pantang yang objektif macam tu. ini pantang yang maksudnya pantang larang. yakni perkara2 yang dianggap tidak boleh dilakukan menurut kepercayaan masing-masing dan jikalau dilakukan sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap si pelaku yang melanggar pantang. pantang juga boleh ditakrifkan untuk orang baru lepas bersalin. itu lain cerita laa.

dah sejak 19 tahun aku hidup dengan jasad dan nyawa aku ni. alhamdulillah. aku menilai sendiri hidup aku setiap kali aku rasa perlu. bila over aku nilai. bila kurang aku nilai. banyak yang dinilai tetapi pantang juga yang menarik minat aku terhadap diri aku sendiri. ini beberapa pantang aku :
1. orang lain tak boleh kacau aku masak. kalau tengah mood masak. biar aku sorang kat dapur. dengan resepi aku sendiri. dengan cara aku. ORANG LAIN TAK BOLEH TAKE OVER LANGSUNG. yeahh amaran disitu. ini kalau memang mood aku tengah rasa membuak2 nak masak laa. pernah satu hari aku tengah masak nasi goreng dan nenek sudah menelefon berkali2 untuk mengambilnya pulang dari mengaji. lalu emak pun memvolunteer kan diri untuk sambung masak nasi goreng aku. aku pun bagi dengan berat hati. serius tak tipu. aku dapat rasa darah naik kat muka rasa macam nak meletup pun ada. aku pun tak faham kadang2 kenapa boleh jadi macam tu.tapi itulah pantang aku.
2.tak boleh tengok orang susah. *ini pun pantang ke (?) entah laa. yang pasti aku tak boleh tengok orang susah ni. mesti nak tolong. aku jahat. serius aku jahat. tapi lemah bila tengok orang susah. dalam konteks aku ni orang susah yang betul2 susah. tak ada duit bukan kerana kemalasan diri sendiri yang takmahu usaha tetapi tak ada duit kerana mendahulukan orang lain atau mendahulukan kos2 lain seperti perubatan dsb. kiranya aku ni pantang tengok bersamamu laa. (?) satu fakta tentang bersamamu. jangan terlalu sedih dengan orang yang tak ada elektrik lalu menggunakan lilin sebagai alternatif. ini kerana harga lilin sebatang jauh lebih mahal dari minyak tanah. *fikir dahulu sebelum menderma.
3.pantang ini mungkin berkaitan dengan yang no.2. aku tak boleh tengok orang tua yang kalau jalan2 tak ada orang nak pimpin dia. kecuali laa kalau anak cucu dia ada. pernah satu hari di Lumut. waktu tu aku tengah explorace. habis satu Lumut aku jejak. dan setiap langkah aku pergi itu laa aku nampak seorang makcik ni. umur mungkin 60 tahun lebih. keadaan tak terurus. tetapi bertudung. berbaju kurung. membawa satu beg beroda dan ditariknya kemana2 dia pergi. entah apa isi didalam. pertama kali aku terserempak dengan makcik tu. dia tengah makan di sebuah kiosk. kali kedua aku nampak dia berjalan di belakang aku. tergerak hati nak mendermakan sejumlah wang tapi yelahh aku dalam explorace kan.kali ketiga. jumpa lagi dia tengah makan di gerai tepi masjid di Lumut tu. kali ni aku nekad nak bayarkan apa yang dia makan. tapi.. biar Allah je tahu.

itu jelahh kot pantang aku. segala ayat yang digunakan dalam entri kali ini agak serius. masih terngiang2 kenapa pantang yang no.1 aku tu terlalu menguasai diri.

Thursday, May 26, 2011

Teluk Intan ; the 12 hours journey.

Assalamualaikum,

disini ai nak cerita dulu jadual ai dari hari isnin sampai sabtu. *ai kan workaholic. haha.

Isnin : kemas rumah :)
Selasa : am - Klang. pm - Ampang
Rabu : am - Rawang. pm - KotaDamansara
Khamis : TelukIntan - Lumut.
Jumaat : Ampang
Sabtu : Himpunan Sejuta Belia.

memandangkan ai tulis entri ni hari Khamis. so ai nak cerita pasal ai pergi Perak l
aa. haha.
journey gua start pukul 7am. memang salute lahh kawan gua ni. bawak tak pernah kurang 90km/h. gilaa laju. 2 jam dah sampai Teluk Intan. blahblahblah amik sijil SPM dia. then pergi Menara Condong. bhahah. ai kan bersejarah punya orang. *cehhh. haha. gua jadi excited sebab dapat banyak shots ouhh. then jalan pergi Lumut pulak. tengok2 laut. *orang batak laut kannn. then pukul 4 dah bertolak balik. *anak yang baik mesti balik awal :)
on the way balik. *ikut jalan Sabak Bernam. gua dengan excitednya pulak tengok padi2 yang tengah best. duhhh. tunggu kau padi. aku geram je tengok. dah lama kott nak photoshoot kat sana -_____-'. and otw balik jugak gua excited nak mencari rumah cik Enan. aku suruh tunggu tepi jalan taknak dia ni. m
aka dia punn tunggu kuar beranda. dengan jelas aku nampak macam mana dia lambai2 kat aku. haha. SUMPAH KELAKAR bedah ooi. yang aku pulak pergi jerit EHHHH BEDAHHH! haha. maaf ye Cik Enan. ni 7 keping gambor yang aku sanggup edit dan compress. mata dah korea ni. haha. bhaaaaaai.


Tuesday, May 24, 2011

pick baru.

assalamualaikum.

haha. ni nak tunjuk dengan cik enan pick baru aku.
ni yang aku baru beli.




ni yang hilang entah kemana.



ni yang aku nak kau beli. hehe.

takdelah enan. aku memain je. berah berah. haha.

Monday, May 23, 2011

Pernah Tak..

Assalamualaikum,

harini tengah lepak2 tetiba datang satu idea nak tulis pasal ni. haha. pernah tak hang? blablabla. macam2 gua nak tanya ni hah. ok2 lets get this partayyyy starteddd.


1. PERNAH TAK hang pergi Mcd ke Kepsi ke. mana2 lah yang agak2 francais antarabangsa sikit then nak order makanan. hehe *bangang apa aku tanya ni kan? ok. hang dah beratuq punya panjang ni kan. pastu dah decide laa nak makan apa nak air apa. susun ayat dalam kapla hotak pun baik punya dalam BAHASA OMPUTIH. haha. lepas tu sampai turn hang orang tu tanya. HAI, SELAMAT DATANG KE ........, MAKAN SINI K
E? haha. confirm2 laa hang jawab dalam melayu jugak kann? tak payahlaa nak berlagak sangat gua nak kata. boleh korang nak cakap dalam BI tapi dah sesama melayu tuu cakap je laa bahasa Melayu. hang tak bangga ke? kalau grammar betul tak pe laa jugakk. haha. *tak niat nak kutuk sesapa eahhh. just kelakar jee.


2. PERNAH TAK hang jalan2 dekat Bukit Bintang lepas tuu hang rasa penat. hang dengan rakan2 punn pi laa du
duk dekat tangga yang dekat monorail tuu. tengah hang dok syok2 duduk sambil tengok pakcik silver, gold dengan bronze tu bergambor tak punn malam tuu ada basking ke. tetiba ada polis dok datang dekat dengan hang mintak IC. yess identity card. haha. benda ni pernah jadi dekat ai tauu. hikss. dah laa time tu aku punya pemalas nak bawak IC. mana tak gelabahhayam aku time ituu. dengan muka selamba radak gua cakap.'tak bawak encik. lagipun saya duduk sini sebab kaki kawan saya ni sakit'. haha. baik punya alasan. gua pun terlepas. fuhhhh.


3. PERNAH TAK hang bangun dari tiduq ja. tengok makanan satu habuk pun takdak. mana tak bangun tengahari terik. hang pun pi laa masak. konon2 nak masak sedap2 laa. alang2 makan tengahari terus. semangat2 masak ni hah. hang capai je apa ada dalam peti sejuk buat bahan. ayam beku. sayur kecut. bedal je laa kann. lepas dah siap2 masak ni. satu benda je hang lupa nak boh. GARAM. -______-'. benda ni memang selalu terjadi kat aku. malas ahh nak cerita panjang. aku boh garam atas makanan tuu. bila makan hang rasa laa garam tu crunchy2. hahah.

okayh. setakat tu je pernah tak yang sempat ai fikirkan. hehe. bhai.

Friday, May 20, 2011

Resepi : Cheese Baked Macaroni *adapted from Cooking For Real.

Assalamualaikum.

haha. harini gua nak bagi resepi seperti yang tertera dekat tajuk lahh. kalau tajuk kata air masak. air masak lahh ye. time2 cuti ni tambah2 pulak dengan Astro Byond yang ada channel Food Network gua punn tak pernah miss nak tengok channel ni. hari2 diorang masak sedap2. tapi yang tak bestnya mesti ada masak ba alip ba ya. yang tambah tak best tengah2 syok ni plan laa konon2 nak masak benda tuu. last2 nahh kau arak d
ia letak. aduhh. kecewa hampa akuu. bayangkan kek coklat sedap2 ni.


"ok, we'll have to put some alcohol to kick up the t
aste". 'some' kepala otak2 kempas dia lahh. letak separuh botol kata some. kick up the taste konon. chooyyyy. pape pun ada jugak yang dia masak kira aku boleh in sekali laa. hihi.
baiklahh tuan2 dan puan2. sebelum lebih banyak chef Bruno nak merepek mari kita tengok bahan2 yang diperlukan:


1. Macaroni - tak kesah lahh jenis apa pun. jangan kau letak spagetti dah laa.
2. Grated Cheese - Parmesan is the best. *pronounced as par-me-syan.
3. fresh milk 250ml - apa2 jenama janji tak ada perisa okayyy.
4. butter @ minyak sayuran @ olive oil - tiada paksaan dari mana2 pihak.
5.tepung gandum - bukan gundam tapi gandum.
6. sayur2 @ ayam dipotong cube - ini optional.
7.bread crumbs - untuk crispy.

cara2nya yeahh puan2 *sebelum ai lupa ini masak untuk 2-3orang :
1. didihkan air sampai betul2 mendidih letak a pinch of salt then baru boleh rebus macaroni. kalau air tak betul2 panas macaroni akan rasa hampas sikit. haha itu tipu. aku tak tahu lahh jadi apa. tapi itu cara yang paling bagus.
2. dalam periuk yang lain *jangan kau balun dalam periuk mac
aroni tu sekali pulak. cairkan butter (ikut berapa banyak kau masak) atau kalau pakai minyak panaskan minyak. tapi better pakai butter okayy puan2. then bila dah cair masukkan sesudu tepung. gaul2 then kalau nak letak sayur letak sekarang.
3. masak sayur sekejap *kalau ada. then letak fresh milk ituu. biar sampai mendidihh.
4. tutup api then biarkan yang kau masak tadi cool. sementara itu boleh laa hang toskan macaroni.
5. dah cool. masukkan grated cheese tadi dan gaul2. memang bila dah campur bahan2 tadi macam sticky. the stickier the better. then masukkan macaroni. then gaul hingga sebati.
6. masukkan dalam satu bekas yang tahan microwave. jangan kau pakai bekas plastik pulak. kalau boleh nak yang correlle tu lagi elok. Microwave save.
7. taburkan sekali lagi grated cheese atas macaroni tadi kali ni tabur sek
ali bread crumbs untuk crispy.
8. masuk dalam oven @ micowave *ai tak tahu apa beza dua ni. hehe. yang dah di pre-heated selama 3minit. 320 darjah Celcius *skema sikit. lepas tu bakar macaroni for 15-20 min pada suhu yang sama.

ini yang ai buat :)

SIAPPPP. boleh makan. haipp. baca Bismillah dulu.
Ok Bhai. Jangan lupa cuba resepi ni. Bhaiiiii.

Saturday, May 14, 2011

BRUNO MARS.

Assalamualaikum. *ini tuan punya blog bagi salam eah. bukan Bruno Mars.

entah kenapa aku minat sangat dengan Bruno Mars ni pun aku tak tahu. dia start dipandang orang sejak lagu Billionaire dengan Travie McCoy tapi itu pun orang ingat dia backup backup je. lepas tu start lahh lagu nothing on you itu pun aku rasa orang tak nampak dia lagi kutt. bila masuk je lagu Just The Way You Are. haha. gua mula respek ini mamat. lepas itu Grenade lepas tu The Lazy Song then Talking To The Moon. pheww. semua masuk billboard Top 100 kott. suara husky2 menjadi kegilaan ramai pulak. orang kata dia ni keturunan pendek2. muka ala2 melayu. ehh lantak aku laa nak suka si pendek ni. janji aku suka. haha.
nak cerita pasal rambut dia ke tak perlu? aku rasa perlu biar jadi inspiration kepada sesiapa yang nak potong rambut tu. kau show je gambar ni dekat macha kedai gunting confirm dia tahuu. haha.


jangan kau sedar2 dari tidur sambil macha potong rambut muka kau jadi macam hero tamil sudah laa. haha. tapi not bad apa. ce tengok ni. kalau masuk sekolah cikgu tak marah. haha.


jangan kau masuk sekolah bermisai dengan pilot shades tuu dah laa.

baiklahh. harini saya rasa nak tumbuk2 muka diatas ni haa. *menyesal aku upload. chehh. hilang mood nak bercerita pasal Bruno Mars kang terus masuk cerita Tamil nanti kau tak paham pulak.

okayh2 jom cerita pasal. hihi ai malu nak cerita.
ini memang dah melencong habis laa dengan tajuk entri ni. ahh. biar ahh dohh. blog gua suka gua laa.
tapi first hang kena baca ni dulu.

klik untuk besau besau.

hihi. sumpah aku malu time ni. tengah semangat2 ber-Merong Mahawangsa boleh pulak ai salah. haha. tapi sebenarnya memang gemar pun yang aku dengar si Kemawas tu sebut.

'EMPANGAN KALAU DAH DIBUKA MASAKAN DAPAT DI TAHAN AIRNYA"

xoxo,
Kemawas si Kebal

--___________-- hihi.

Wednesday, May 11, 2011

Alkisah Lorong Hj Taib.



entah kenapaa laa ada lorong macam ni. kesian nama taib especially yang dah naik haji. hehe. baru betul kerana nila setitik rosak susu sebelanga. aicehhh.
bagi sesiapa yang duduk bawah tempurung meh sini aku cerita sikit latar belakang lorong haji taib. ok. google lahh sendiri. haha. tapi hang sendiri tahu kann lorong ni terken
al dengan pemborong2 barang dari china macam jam, mainan, blah blah yang selalu hang jumpa kat pasaq nuhh. semua itu datang dari satu tempat atau ada satu plaza di lorong haji taib yang bernama Plaza GM. tapi di sebalik kemeriahan pemborong2 itu terdapat kisah hitam di celah lorong2 haji taib itu. aicecehhh. macam majalah 3 dahh.



Plaza GM

ini kisah aku sendiri. aku tak ada lahh kerap sangat pergi Plaza GM ni. yelaa temankan mak aku nak beli kristal laa bagai. tapi yang pasti aku dah masak sangat dengan orang2 tepi jalan yang jual sex toys ni. haha. bagi budak2 yang bawah umur. JANGAN GOOGLE SEX TOYS OKAYHHHH! ini satu amaran ni. haha. bukan setakat sex toys yang diorang jual. ubat kuat. ubat kuda. ubat besar. ubat ketat semua ada. modus operandi mereka macam ni.



pelanggan datang *yang aku tengok biasanya tak keluar kereta.
orang yang jual datang dekat2. then tanya nak apa. *biasanya diorang dah kenal customer.
pelanggan pun bagitahu nak ubat blahblahblah.
jurujual bagi duit dekat tukang amik supply dekat belakang lorong. *actually yang diorang display adalah sample @ sekadar kotak sahaja.
pelanggan dapat barang and bayar dekat jurujual. *kiranya jurujual dahulukan duit dia dulu laa baru ambil duit dekat pelanggan.
pelanggan punn blah.

ni lagi satu keistimewaan tempat yang bernama lorong haji taib ni. keistimewaan ke?

sini laa port hang nak tengok betina cap thailandd. haha. ada satu malam ni aku ajak rerakan aku ke lorong haji taib. memang jam pun menunjukkan waktu yang pelacur2 dan pondan2 sedang berkeliaran. masuk je lorong tuu. perghhh. mata meliar tengok pondan. hehe. haipp tahan nafsu sikitt. tapi yang sereeeeem nya. akan ada mat mat motor ikut hang. kawan aku kata. *dia kata macam ada pengalaman je. haha. kawan aku kata mat mat motor ni yang tolong carikkan pelanggan untuk pelacur2 ni. ouhhh. camtuu ke? diorang bukan bapak ayam. tapi kira macam kuli bapak ayam laa. hehe yang bestnya. tengah kitorang melilau2 mata ada pulak sekor pondan ni bolehh nak catwalk tengah jalan. aduiii. dalam kereta gua dah menyumpahh daa. ehh tepilaahhh pondan! aku langgar punggunggg hang kang! dah laa time tu tengah cuak mat motor tu tengah ikut kitorang. lepas tu sumpah taknak masuk lorong tu lagi dahh. i mean waktu2 macam tuu. haha.

ok laa. mak gua punn dah usha entri ni. bikin aku maluuu. hihi. dia kata.
'apaaaaa laa kau buat ni?'
'hehe tak ada apa laa.'
so sampai sini je eahh. kalau ada berita sensasi dari lorong haji taib nanti aku update. haha.

Friday, May 6, 2011

adik yang sweet ;)

assalamualaikum.

harini saya nak bercerita pasai adik saya yang sangatttttt sweet. entah kenapa dia sangat sweet pulak dengan saya. haha.
keletung keletang bunyik orang bukak lemari kat dapur. gua ushaa laa sape pulak yang memasak pukul 11malam buta ni. *buta ke? tengah asyik tengok tv ni terpaksa di alihkan kat dapur pulak.
i toleh nampak lahh seorang budak kecik * kecik ke? umuq 11 tahun dah che' oooi. sedang mengeluarkan bekas gula dari lemari.
'kau nak buat apaa tu ooi?'
dia diam tak menyahut. dalam hati aku lantak kau laa nak buat apa. tapi lagi sekali aku tanyaa.
'hang nak buat apa tuuuuu?'
diam lagi. siutt budak ni. -_-'
dalam hati aku rasa yang dia nak buat air. anak abah laa katakan. memang pakar buat air budak kecik ni.
tanpa mengetahui apa yang dia bakal buat aku pun order lahh jugak.
'oooi! aku nak jugak.'
lebih kurang sepuluh minit kemudian ;

dia datang bawak nescafe ais. NESCAFE AISSSS DERRR!

part ni aku terharu gilaaaaaaa. biaq betuii budak ni?
ok laa. aku tak terharu mana punn cuma terkejut je. aku main2 je kutt. patut laa lama semacam kat dapurr.
haha. baguih tak baguih adik mithali macam ni. biarpunn dia ada sikit annoying tapi malam ni aku rasa nak buat baik dengan dia.
maka aku punn ajak laa dia main tutup botol.

alaa. yang main timbang pastu jentik tuu.

time tuu aku dah lead 66 main dengan seorang lagi adik aku.
dengan kehadiran dia yang datang bawak air dan tetiba kata nak main maka aku punn terpaksa restart game. huihhhh ingat senang ke nak lambung tutup botol sampai dapat 66? nak jentik2 lagi. skill kena hebatt ouhhh.
dah restart game aku punn tegukk lahh air dia.
makkkk aihhh! manis kalah kedai mamakk. lori gula tumpah kee adikkkk?
'kau nak aku kencing keluar gula ke?'
dengan nada baik2 sambil gelak2. hehe.
bagus dia ni tak melawan aku balik punn. haha.
maka game malam itu pun ditamatkan dengan seperti biasa aku lead 54 dia 36.

THANKS AMMAR FAKHRUDDIN FOR THE NESCAFE AISSS!

gambar diambil dan di edit semata2 untuk facebook beliau. maju budak2 zaman ni.

Tuesday, May 3, 2011

yeahhh! at last ; HOLIDAYY!


dengaq sini orang orang kampungg
*haha.

harini aku jawab paper STATIK dengan penuh condifentnyahhh! haha. bila fikir balik kenapa puan STATIK tu suka benor beri markah pelik2. contohnya : 10 markah untuk FREE BODY DIAGRAM ini.

apa2 punn gua dah jawab walaupun jawapan tapehape. janji kertas jawapan bertulis. haha.
ok. malas nak cerr pasal benda dah lepas. kalau gua kenang2 balik punn bukan boleh tetiba ubah jawapan gua yang dah hantar tuu. *haipp sopan sikit.
saya *aicecehhh. balik naik motor tadii. tu yang best tuu. rasa lahh jugak balik kampung. kalau nak compare dengan orang yang duduk jauhh lagi kesian kutt. *blah laa lu. rumah dengan kolej tak sempat panas punggung dah sampai. 30 minit jugakk ahh. laju tak laju jugak saya bawak. alaa yamaha LC je punn. *je? aku sepak kang!

inilaa rupa LC bukan saya punya. tapi kaler hijo.
before bertolak *macam nak journey balik utara lahh lu critaa! *eyh biarlaa.
1. isi minyak RM3. cukup laa tu. itu pun dah full tank.
2. tukar side mirror. *ini memang dah lama hajat.
3. baca doa naik kenderaan. *ini gua paling ingat sekali. haha.


hafal ni. ada lahh kesedaran sikit kalau terasa nak bawak 120 tuu.

sesampai sahaja di sungai buloh. alangkah hampanya aku tadak orang di rumah untuk menyambut kepulangan dinanti *aicehh. maka aku pun ke rumah tok.
sampai2 je tok terkejut nampak aku masuk rumah pakai helmet.
'hang dari mana ni?'
'dari kolej laa.'
'dari KL tuu?'
'yalahh takkan johoq kutt.' *gurau jaa.
'berani hang?'
'ehh biasalahh' *ini ada rasa bangga sikit. haha.
'tadak kaa orang mengejut2?'
'hah?'
'tadak ka orang tetiba brek ka. apa ka.'
'tadaklahh. saya penunggang berhemah' *ok itu tipu. haha.

dahh dahh. penat aku cerita. yang pasti gua dah habis 2 semester derrrr.
DUA SEMESTER = SATU TAHUN PENGAJIAN
begitu cepat masa berlalu. haihh.
tahun depan haa amik kau. 7 subjek gua amik derr. pening akuuu. *ok tamau cerita.
yang penting sekarang gua tengah HOLIDAY!


ini kawan aku. tengah bercuti.


ini gua pesan kat you alls okayhh. *ignore the hair and eyebag.



Saturday, March 5, 2011

enam/tiga/duaribusebelas.ahad.




hari ini pagi2 lagi si BANGANG tu dah buat aku bengang. bukan yang diatas kerana ianya sangat coooooomel. baru 3minggu dan ia sudah mulai berani dengan manusia. bagus anakku.
bukan diatas yang ingin aku ceritakan. tetapi si BANGANG seekor lagi. Usop Penari Kebudayaan pun berkata " awok pun dah jemu nak cerite. tapi pasal awok dah tanya awok cerite je le." CECITE CECITE jawab Hussein dan Abi Hurairah.
Pagi itu, sewaktu aku sedang enak diulit mimpi, aku terasa ada air menitis ke muka ku. Lantas aku terus bangun dan melihat siapa yang hendak mendajal aku. (birthday aku lambat lagi, bukan macam Usop). aku tidur sebilik dengan adik aku kerana bilikku under renovation *itulahh pentingnya English Education. aku ingat salah seorang dari mereka kencing ke lalu terkena ke muka ku. aku pun cepat2 ke bilik air lalu mencuci muka. PERGHHHH! pedihnya mukaku tidak terkata kerana losyen mustajab yang aku pakai malam tadi tak hilang lagi kat tapak tangan aku ini. ahh bedal lahh. Sambil cuci muka aku bukak sikit ingatan kepala otak aku ini dipagi hari. Biasalah orang baru bangun reaksinya amat lambat.
keluar sahaja bilik ayer. BABI punya kucing!!!!! sialan. aku terdengar suara si BANGANG itu di atas syiling di bilik adik aku yakni tempat aku tidur. Lantas aku capai selimut kesayanganku dan keluar sambil mulut terkumat kamit mecarut. Aku terlihat emak sedang sibuk menyiapkan ssarapan di dapur.
"EMAK!"
TU SI BANGANG TU KENCING! KENA BANTAL ORANG! *tak cakap kena muka hikhik.
emak pun berkata:
"HAH? ISHHH TERUK DAH KUCING NI. MAK MEMANG TUNGGU GREENLIGHT DARI KAMU JE NAK BUANG KUCING TU. TAPI ASYIK KESIAN JE MAK BIAR JELAHH DULU.
ketika itu aku sedang berbaring di sofa ruang tamu. sambil menutup muka dengan selimut kesayangan.
aku terdengar bunyi motor di luar.*memang lahh moto kat luar -_-'
Abah pulang dari masjid.
emak pun kata : CERITA LAHH KAT ABAH TUU.
dalam keadaan aku tak ada mood ni aku diam sahaja.
emak :
ABANG, CUBA TANYA ATHIRAH TU KENAPA.
abah :
KENAPA?
emak:
SI BANGANG TU KENCING. KENA MUKA DIA.
abah:
harharhar.
aku:
harharhar lah jugakk. tak tertahan dah nak gelak walau hati masih hott.

baiklahh harini akan ada kerja mencari port SI BANGANG itu berak dan kencing. patut lahh busuk semacam bilik adik aku tuu. untuk meredakan kemarahan aku pergilah buat benda yang aku suka. main dengan APPA & MOMO!
hikhik sangat comel mereka itu.




Thursday, February 10, 2011

si Jumaat

mari kita cuba bersastera ini hari.

ya. bertemankan bantal yang berpeta2 ini. di luar sang manusia sedang sibuk mengejar dunia. rakus.

Kenapa dunia hari ini tak seperti biasa? seperti hari2 yang selalu aku perhatikan. tak gelap kerana aku bertemankan cahaya mentari yang sanggup menemani aku sepanjang hari walaupun berjuta batu jauhnya. cuma. masih ada sisa2 kekeliruan itu yang aku tak dapat leraikan.

ahh. biarkan perasaan itu neutral sendiri. jika aku bereksperimentasi dengan perasaan itu. bertambah pula keasidannya.

si Jumaat setia menunggu saatnya untuk tiba setiap kali pertemuan yang diaturkan untuknya setiap minggu oleh Yang Kuasa termaktub dalam Qada' dan Qadar. tapi. si Jumaat ini sama sekali tidak tahu saat yang paling istimewa untuk dia berkuasa. lebih berkuasa dari si Sabtu, si Ahad, si Isnin, si Selasa, si Rabu dan si Khamis. SUBHANALLAH.

dan. jika sang Manusia masih lagi terlalai dengan pujukan dunia. masih terbentang pintu itu. pintu yang akan tertutup bilamana tiba dua ketika. yakni diseru Israil dan bila si Jumaat berkuasa.

dan. jika sang Manusia masih mahu berpropaganda dengan sang Musuh. Silakan. kerana Penghuni Perut Bumi turut setia menanti untuk bersama2 berjuang bilamana si Jumaat berkuasa tetapi acapkali rancangannya digagalkan oleh dendangan Azan yang juga mampu melembutkan hati sang Manusia yang baran.

Segenap Makhluk tidak mengetahui bila si Jumaat ini akan berkuasa. malah si Jumaat sendiri tidak mengetahui bila. Kita serah sang Jiwa dan sang Raga yang hina ini kepada Yang Kuasa. Bertasbih. mulut mengkumat kamitkan pujian kepada Yang Kuasa. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LA ILAHA ILLA ALLAH, ALLAHHUAKBAR!

Monday, January 10, 2011

the next level.

Salam Satu Malaysia *MALAYSIA SATU!
haha. disini saya ingin memberitahu anda2 semua yang jika ada terasa nak bergambor dengan penuh riang ria *maksudnya tanpa perlu memikirkan "berapalahh photographer ni nak cekik aku?" anda boleh lah berbuat demikian dengan menghubungi saya di talian yang tertera di kaca kompiuter ini. saya ni amature lagi. masih belajar bak kata orang retro. jadi saya hanya mengecas khidmat dan hasil fotografi saya ini dengan harga yang amature jugak lahh.
p/s: saya ta hebat dan tak pro. lagi satu saya juga akan consider kalau nak amik wedding photography ke tak. hehe. bukan nak poyo tapi ada yang lebih bagus dari saya.













gambar2 diatas sengaja tidak diletak watermark kerana saya tahu anda semua jujuq naa.
Kalau berminat bolehlahh call saya
0173853529
atau email