hahh bertemu kembali kita dalam entri kedua. siapa missed entri sebelum ni. Klik -> Tips ke Perth : Part 1
sambung balik Places to Go kat Perth yang terlalu banyak ni. HOHO. dalam entri ni ada lah tempat shopping yg uols boleh pergi. jangan risau. idak le iols nak suruh pergi beach je. ye dak.
Perth City Centre
menurut pakcik I yg merupakan town planner kat sini di City Centre sahaja yg ada bangunan tinggi2. ini untuk membezakan city centre dan kawasan suburbs. I jadikan Stesen Keretapi Perth as mainpoint ya.
so beberapa tempat yg wajib pergi dekat City Centre ni
-
King's Park
- Western Australia Museum (5mins walk)
- Hay Street (5-7mins)
- Murray Street (5-7mins)
jalan 15-20mins dari Station Keretapi Perth boleh sampai
- Masjid Perth
- Malaysia hall
- hotel2 untuk backpackers
 |
| Jamie Oliver punya restaurant |
 |
| inilah Masjid Perth. Kecil je. tapi kalau hari raya sini lah tempat berkumpul seluruh umat Islam di Perth.(update Raya 2015) Sejak ada Malaysian Hall, rakyat Malaysia boleh solat raya di sana. |
 |
| Admission is free. |
 |
| Dari Stesen Keretapi Perth. anda akan nampak bangunan ni on your right. |
 |
| King's Park at night. |
Yanchep National Park
dah sampai Aussie mesti nak tgk kanggaroo dengan koala kan? okay untuk yg nak tgk HANYA dua binatang ni I suggest pergi sini (located 50km North Perth) sebab mmg dua binatang ni je yg ada pun. Jimat pun jimat. just $12 per car. cuma Kanggaroo kat sini hidup meliar and tak boleh dibelai tu je. anddd datang lah awal2 pagi sbb masa tu kanggaroo tgh keluar makan.
Fremantle
untuk ke sini boleh naik train. lebih kurang 40mins dari Perth Station. i'll explain how their public transports system works later on. Fremantle ni macam port Klang lah. it's a small town; famous for souviner murah andddd Fish and Chips yang saaaangat sedap.
 |
| kalau nak beli souviner murah sinilah tempat dia. E-Shed Markets. di buka Jumaat-Ahad shj. |
 |
| meriam ni hidup lagi tau. pukul 1PM setiap hari dia akan bunyi. |
 |
| Cicerello's Fish and Chips |
 |
| menu at Kaili's Fish And Chip |
 |
| Order, bayar and dia akan bagi alat ni. bila order siap alat ni akan bunyi. |
5.Shoppinggg
hah ni paling penting sekali. banyak sgt places to go kat Perth tu takkan takde shopping mall? jangan risau. banyakk sangat tempat shopping kat sini especially kat City Centre.
kalau nak beli pinggan mangkuk Correlle I suggest beli dekat Big W. Big W ni macam tesco lah lebih kurang and merata2 tempat ada. kena pandai tgk offers jugak.
and i should say seluar jeans kat Target saaangat berkualiti and murah. sbb harga dia $8 je masa tu i beli sampai 4.
kat sini jugak departmental store macam MYER, Target, Big W, Coles, Woolworths (local panggil Wooly), K Mart saaaangat banyak. setiap bandar mesti ada satu shopping mall yg akan menempatkan semua kedai tersebut. and shopping mall dia renek2 je setakat satu dua tingkat. tapi renek2 pun besar jugak oi.
tengok Toys R Us dia macam gudang. kalau bawak budak masuk dalam ni memang tak keluar laa jawab dia.
 |
| paling best kat sini main benda alah ni la. dengarnya kat Malaysia pun dah ada. |
 |
| yess. Pandora everywhere. |
 |
| yang ni Bunnings. kedai hardware yg teraaaamat lah besar. |
alright bersambung lah pulak ke part 3. berpinar pulak mata type panjang2 ni.