Wednesday, September 17, 2014

Ao Nang, Krabi via Hat Yai

Assalamualaikum,

If you are one of those yg tengah merancang un-sangka-rable vacation to Krabi (or vicinity) TAHNIAH! this is the correct blog *gitewwww*

i've been to Krabi twice(first time naik flight and second time by bus) so now, i'm gonna show you guys the STEP-BY-STEP GUIDE TO KRABI via HATYAI.

STEP 1 : Bas dari Pudu Sentral
banyak syarikat bas yg ada route pergi Hatyai ni.
-Alisan Golden Coach
-Sri Maju
-Konsortium Bas Ekspres
Tiket bas range from RM50-55 and eloklah ambil tiket malam dlm 10-10.30pm camtu.
Bas selesa dan seat pun luas. siap bg selimut anddddd yg paling penting ada wifi.

STEP 2 : Sempadan (Cop Pasport and all)
kalau naik bas malam, dlm pukul 5.30am bas akan berhenti di Changlun dan driver bas akan minta pasport untuk mereka isi white card+insurans (kalau naik Sri Maju uols akan bayar RM5 sbb entah. maybe tiket korang tak include charge perkhidmatan ni kot)

sambil tunggu tu bolehlah solat subuh dulu AND better tukar duit Baht kat sini kot. 100 baht = RM9.58
then bas gerak terus ke imigresen Malaysia. dah settle pasport naik bas balik and dlm 5minit perjalanan lagi akan jumpa imigresen Thailand pulak. kat sini bawak turun semua bag and lagi sekali settlekan pasport. bas akan tunggu di tempat parking sebelah kiri yer.
Sempadan Malaysia

Step 3 : Hat Yai
lepas sempadan Thailand (Sadao) sambung balik perjalanan lebih kurang 1jam 30minit lagi sampai lah ke bandar Hat Yai. kalau macam saya sangkut kat imigresen je dah lebih kurang 2 jam sbb cuti. so sampai dlm 12pm (waktu thailand). oh yes, waktu di Thailand 1 jam lewat dr Malaysia.
bas akan berhenti di depan pejabat mereka (jgn risau masih dlm bandar Hat Yai) atau di hadapan Lee Garden Plaza.
Kebanyakan syarikat bas akan berhenti kat sini.

Step 4 : Cari Van/Travel Agency dan plan aktiviti.
Turun bas je uols akan di approach oleh abang2 tuk tuk atau wakil dr travel agency. Tips: Eloklah jalan sikit and cari Travel Agency yg betul2 ada kedai. i mean jgn percaya sgt lah tepi2 jalan ni diorang tu dibayar komisyen. Kami dah plan siap2 apa aktiviti yg kami nak buat haritu and here it is (bolehlah ubah ikut kehendak masing2 yer) :

1. Cari Van ke Ao Nang
kena specific bagitahu Ao Nang. Kalau sebut Krabi lain pulak harga dia ckp nnt. sbb Krabi dan Ao Nang tu dlm 30-40minit lagi. Harga yg anda sepatutnya dpt untuk ke Ao Nang adalah 350 Baht sehala so 700 Baht return. van ada pukul 12.30pm and 4.30pm.

2. Naik gajah di Chang Puak Camp
perjalanan ke Chang Puak Camp adalah 15-20 minit shj dr bandar Hat Yai. so kalau dah deal dengan travel agent tu bolehlah pergi naik gajah dulu dan naik van ke Krabi pukul 4.30pm. Harga : 500 Baht. naik gajah dlm 20-30 minit mcm tu. siap bagi air mineral, nenas and tembikai. okay lah tu kan?
Chang Puak Camp

3. Pergi Khlong Hae Floating Market
Harus diingatkan kat sini kat Hat Yai ada DUA floating market. satu dibuka Jumaat-Ahad 3-9pm. yang ni floating market yg ORIGINAL lah jual2 barang atas sampan and all. satu lagi baru je bukak which is dibuka SETIAP HARI dan sangat boring dan TAKDE pun org jual atas sampan dan semua berniaga dlm kedai. idk why they named it floating market. Harga : 80-100 Baht seorang atau 400 Baht satu tuk tuk (idk the exact pricing for this)

okay based on activities yg dicadangkan kat atas ni eloklah plan betul2. mcm kami pergi 1&2 and naik Van 4.30pm ke Ao Nang.

Step 4 : Ao Nang, Krabi
Dari Hat Yai ke Ao Nang ambil masa lebih kurang 4 jam. macam kami, dpt driver yg buat kerja2 sampingan (hantar barang/buat van macam van sapu hantar ambil orang) masa perjalanan kami 6jam. macam hape je. so eloklah penuhkan terus van tu 10-12 orang. pakat2 lah dengan siapa yg korang jumpa yg nak ke Ao Nang sekali so that driver tu tak boleh  buat kerja sampingan dia tu. HOHOHO. jangan risau, van dia sgt selesa,besar and we called it Alphard k. padahal van biasa je -.-

sampai dlm pukul 9.30pm kami berpecah sbb takut tak sempat nak book island hopping utk esok. so 3org pergi book island hopping and 2org pergi check-in hotel.

k now i'm gonna breakdown hotels, activities and all in Ao Nang.

1. Hotel
i booked via Booking.com. J MANSION HOTEL. sangat dekat dengan pantai, 3 minit jalan dah nampak pantai. Harga untuk 2single beds room adalah 600 Baht semalam. kami ambil dua bilik untuk 2 malam jadilah 2400 Baht. Bilik saaaaaangat bersih and selesa. Jangan risau kalau saya cakap bersih tu bersihlah dia. HAHAHA. tapi kalau anda expect bilik ada indoor pool jgn haraplah. you get what you pay katekooo. Owner dia saaaangat peramah and siap dpt welcome drinks + pisang lagi kauu. walaupun air mineral sajor.

2. Aktiviti
kalau ke Krabi tak sah laa kalau tak pergi Island Hopping. pakej yg famous yg ditawarkan adalah :
Phi Phi Island - 1100-1200 Baht by speed boat untuk phi phi takde longtail yer sbb jauh nnt bila pulak nak sampai kan?
4 Island - 300-500 Baht by Long Tail Boat @ 900-1000 Baht by Speed Boat.
banyak lagilah pakej island hopping dia boleh pilih sampai lebam.
Poda Island
Phra Nang Cave termasuk dlm pakej 4 islands
kalau taknak island hopping bolehlah menikmati keindahan semulajadi katekoo.
Elephant Trekking + Emerald Pool + Hot Spring (half day tour) - Harga I taktau lah.
Krabi Night Market - nama pun NIGHT market haruslah malam.

3. Sewa motor
Kalau anda seorang yg tak takut sesat dan nak panjangkan langkah anda di Krabi eloklah sewa motor. 200 Baht sahaja untuk sehari (24jam). tinggalkan pasport yer sebagai cagaran.

4. Makanan Halal
jangan risau sini makanan Halal senang dpt. just tengok pekedai/peniaga pakai tudung insyaAllah ; Halal. saya prefer makan tepi jalan di area Krabi Resort. kalau dari Hotel J Mansion nak menapak ada dlm 15-20minit kot. sbb tu senang sewa motor. Selain Malaysia saya rasa Thailand juga adalah Sorga Makanan and by that i mean makanan dia sangattt sedap dan rare.
Pesanan Khidmat Masyarakat : Definisi halal may varies ikut kedai. ada kedai yg Masakan Halal tp still serve alcohol drinks. so pepandai lah yer.
Udang saiz S satu bekas 200 Baht. saiz L satu bekas 300 Baht. Saiz XL sekor 200 Baht.
Nutella Pancake 35 Baht. ramai org prefer Banana Nutella pancake tp i tak suka banana HOHO.
5. Souviner
saya tak halang anda untuk beli di Ao Nang tapi rasanya baju I LOVE KRABI pun ada di jual kat Hat Yai dengan harga yg jauh lebih murah. bab ni saya tak boleh nak komen apa2 lah sbb if you are good at bargaining try lah dpt kan harga yg lebih murah. saya rasa kat Krabi Night Market pun murah lagi dr Ao Nang. idk, your choice.

Step 5 : Pulang
Van dtg ambil kami untuk pulang ke Hat Yai dlm pukul 10am mcm tu walaupun dlm resit tulis pukul 9. so minta lah receptionist hotel call kan van tersebut dan tanya pukul berapa nak sampai so bolehlah anda kill time untuk shopping last minute kan?
macam kami bas ke KL pukul 7. so sampai Hat Yai kami sempatlah pusing2 Hat Yai and habiskan duit Baht.




okay lah. entri ni bukan travelogue yer. cuma TIPS AND TRICKS untuk ke Krabi via Hat Yai shj. selain bas anda boleh juga naik KTM dr KL Sentral dan ubahlah aktiviti anda ikut kesesuaian waktu. Thanks for reading *setelah sekian lama tak ber-blogging*