Tuesday, October 30, 2012

resepi meatball ala Ikea cara orang malas. *get it?

Assalamualaikum, 

berlalu lah sudah Hari Raya AidilAdha maka penuh lah freezer dengan daging Qurban khenn? sini mak nak tunjuk lah resepi Meatball ala Ikea. dari daging tu buat kari. tak kari masak blackpaper. tak tu last2 jadi daging salai. apa kata cuba resepi mak ni hahh. resepi mak senang. takde sukat2. kita ikut cara malas iaitu tuang sesuka hati.

Bahan buat meatball;
1. Daging cincang. Kalau daging qurban tu kau cincang lah dengan segeram geramnya.
2. tepung jagung atau tepung ubi.
3. putih telur.
4. garam.
5. kalau nak daging tu berperisa. letaklah coklat. HAHA takdelah. letak bawang putih dicincang halus.

Caranya u olls;
1. gaul semua bahan diatas sampai jadi. jadi apa? haa itu yg kita kena cuba tu. 
2. kepal2 daging jadi bebola. besar muat mulut lah. kalau besar bola sepak lantak kau lah. HAHA.
3. dengan kuali takde minyak *sebab tgh diet* goreng lah meatball tersebut sampai rasa dah masak. kena selalu balik balikkan sbb taknak sampai hangus. selain goreng tanpa minyak boleh gak bakar okayyyyy.
4. sekarang kita duduk dulu. sbb masa aku masak ni aku berlari2 ke peti sejuk depan amik bahan buat gravy dia. HAHA.

bahan buat gravy;
1. bawang besar potong dadu then saute sampai layu.
2. butter
3. tepung gandum.
4. cube ayam
5. susu *yang utk minum tau bukan susu pekat
6. sos tiram
7. kicap manis.
8. gula.
9. optional ; tomato yg dipotong dadu.

cara2;
1. cairkan butter dan masukkan tepung gandum sampai jadi golden brown.
2. masukkan bawang yg dah di saute tadi.
3. masukkan susu then cube ayam then sos then kicap. tak ikut turutan pun takpe.
4. rasa2 sikit. pastu tambah laa apa yg kurang. garam ke gula ke.
5. kalau jadi rasa dia mcm gravy ikea. kalau tak rasa dia mcm  *%#@! HEHE. 




tak mcm meatball pun. HAHA. tp rasa boleh tahan sama.

nampak macam main2 je resepi ni tapi adik aku bg thumbs up tauuuu. memang lah tak exactly sama dgn ikea tapi kalau dah craving sgt tu try lah. InsyaAllah jadi. Selamat mencuba u olls.




Monday, October 29, 2012

Bertopeng baru *yang lama dah karat*

Assalamualaikum,

mungkin blog ni di update masa aku cuti sem je kott. HAHA. okay takpe. aku akan rajin rajinkan diri update selalu. tak tau lah selalu mana.

tengok header nak gempak je. epic fail adalah. HAHA. gundam je yang gua ada. takkan semata2 nak buat header blog gua pegi beli transformer pulak?

apa yang tersirat di sebalik transformer jalanan ni? nama ni terlintas secara tak sengaja sebab aku ingat gabungannya yang sangat menarik dan ada maksud. bermula transformer jalanan ini adalah sbb aku bosan lalu decide utk buat sticker tapi tak tahu nak letak nama apa. fikir punya fikir terpacul *bukan terpancut nama TRANSFORMER JALANAN.

TRANSFORMER sepertimana yang kita tahu robot yang boleh transform dari kereta jd robot tulah. macam2 lagi. tak tau pergi google. atau sila keluar dari tempurung yg anda bersarang skrg. 

JALANAN pula adalah kalau ikut fahaman aku sendiri org yg cari rezeki di tepi2 jalan atau hidupnya di jalan atau lorong2. itu fahaman aku lahh. taktau yg lain.

jadi gabungan keduanya merupakan sesuatu yg sgt kompleks bg aku nak luahkan dgn kata2. imaginasi dan fahaman masing2 je yg boleh membantu. tapi bagi aku ia bermaksud robot yang hidupnya susah bermula di jalanan. kehidupannya di jalanan. mengenali hidup seperti anak gelandangan. susah. merempat. tapi ianya robot dalam dunia nyata yg ramai beranggapan alat mekanikal ini hanya mampu buat apa? tapi transformer ini yakin dengan pengalaman hidupnya yg mengenal dunia sebenar melalui pengalaman sebenar di jalanan. dia boleh hidup.

jadi aku menggarapkan Transformer Jalanan ini dlm hidup aku yg kalau boleh nak belajar dari pengalaman sebenar. nak dapat sesuau dengan usaha. tapi apakan daya aku bukan transformer. kalau rosak boleh baiki. kalau aku mati bukan siapa boleh baiki kerana kematian itu pasti.

sekian, Assalamualaikum.

syawal. anak yatim. siapa nak silakan ambil.