Wednesday, August 1, 2012

The Life and Time

assalamualaikum,


memulakan tajuk entri dengan bahasa penjajah tapi mengagungkan bahasa kebangsaan di keseluruhan ceritera. dan yang paling penting memberi salam kepada saudara seislam. bukan taknak memberi salam kepada yang bukan islam. cuma maksud ASSALAMUALAIKUM itu sendiri tak racist. jadi faham2lah.


berkurun lama tak di sentuh blog ini. tak apa. aku bukan siapa2 orang nak tahu kisah. blog ini diari aku. kalau ada views ALHAMDULILLAH. bukan nak membangga tapi aku nak menceritakan kisah yg kalau boleh memberi ilmu kepada semua. 


sekali lagi aku panjat syukur ke hadrat Ilahi. ALHAMDULILLAH. aku dapat menjadi tetamu-Nya masa cuti sem tempoh hari. Al-kisah hal ini semoga dapat menjadi iktibar kepada semua. 


Mak dah berkali kali tanya aku. nak pergi umrah ke taknak. Berjuta alasan aku bagi. sebab? aku takut dengan momokkan cerita Mastika. jemaah dapat balasan terus di sana. SUBHANALLAH. ya. kalau nak dibandingkan kisah mastika dengan hidup aku. lebih kurang sahaja. cuma Mastika lebih extreme. aku? membawa dosa2 maksiat yg sebenarnya aku sedari tapi masih tidak takut dengan balasan ALLAH. ya. dulu kita semua masih bebal. bebal dengan khayalan duniawi. semua turut. semua ikut. buruk pun turut. buruk pun ikut.


aku cerita kat sahabat. tanya pendapat. masing2 lantang dengan mengatakan aku patut pergi. rezeki katanya. sejak tu aku mula sedar. bukan setakat rezeki. ALLAH jemput aku jadi tetamu-Nya. aku patut penuhi undangan. 


selangkah demi selangkah aku cuba meninggalkan dunia maksiat aku. memang jika di kata dunia maksiat bunyi nya macam teruk sangat. memang teruk. kita sahaja yg tidak sedar sebenarnya kita melakukan maksiat. ASTAGHFIRULLAH. Menjadi tetamu ALLAH bermula bukan dari kita menjejakkan kaki ke Tanah Suci tapi dah pun bermula sejak kita berniat utk ke sana. biar aku cerita apa yg ALLAH tunjuk kekuasaan-Nya kat aku satu persatu.


pertama ; ALLAH 'tarik' laptop dan DSLR aku. memang aku terkilan sangat. tak perlulah diceritakan macam mana boleh hilang. Tapi bila difikirkan balik. aku tak pernah mensyukuri nikmat-Nya. memang patutlah ALLAH tarik balik semua ni.


kedua ; sebab aku sengaja tinggal solat. malam pada hari itu. aku dpt kemalangan kecil. bunyi macam kelakar.kaki tersepak generator pasar. memang kelakar. jari kecil kaki aku tersiat hampir menampakkan tulang. okay itu tak kelakar. malam tu aku muhasabah diri. dab ternyata sebab itulah aku dapat balasan ni.


cukuplah dua bukti kekuasaan ALLAH ni buat aku sedar yg aku semakin hampir menjadi tetamu-Nya. jadi aku berubah. tak secara drastik tapi sedikit demi sedikit.


sambungan kisah ini dalam entri seterusnya. JZKK. Syukran.

ASSALAMUALAIKUM :)



Madinah - Masjid Nabawi - Day 1