berlalu lah sudah Hari Raya AidilAdha maka penuh lah freezer dengan daging Qurban khenn? sini mak nak tunjuk lah resepi Meatball ala Ikea. dari daging tu buat kari. tak kari masak blackpaper. tak tu last2 jadi daging salai. apa kata cuba resepi mak ni hahh. resepi mak senang. takde sukat2. kita ikut cara malas iaitu tuang sesuka hati.
Bahan buat meatball;
1. Daging cincang. Kalau daging qurban tu kau cincang lah dengan segeram geramnya.
2. tepung jagung atau tepung ubi.
3. putih telur.
4. garam.
5. kalau nak daging tu berperisa. letaklah coklat. HAHA takdelah. letak bawang putih dicincang halus.
Caranya u olls;
1. gaul semua bahan diatas sampai jadi. jadi apa? haa itu yg kita kena cuba tu.
2. kepal2 daging jadi bebola. besar muat mulut lah. kalau besar bola sepak lantak kau lah. HAHA.
3. dengan kuali takde minyak *sebab tgh diet* goreng lah meatball tersebut sampai rasa dah masak. kena selalu balik balikkan sbb taknak sampai hangus. selain goreng tanpa minyak boleh gak bakar okayyyyy.
4. sekarang kita duduk dulu. sbb masa aku masak ni aku berlari2 ke peti sejuk depan amik bahan buat gravy dia. HAHA.
bahan buat gravy;
1. bawang besar potong dadu then saute sampai layu.
2. butter
3. tepung gandum.
4. cube ayam
5. susu *yang utk minum tau bukan susu pekat
6. sos tiram
7. kicap manis.
8. gula.
9. optional ; tomato yg dipotong dadu.
cara2;
1. cairkan butter dan masukkan tepung gandum sampai jadi golden brown.
2. masukkan bawang yg dah di saute tadi.
3. masukkan susu then cube ayam then sos then kicap. tak ikut turutan pun takpe.
4. rasa2 sikit. pastu tambah laa apa yg kurang. garam ke gula ke.
5. kalau jadi rasa dia mcm gravy ikea. kalau tak rasa dia mcm *%#@! HEHE.
tak mcm meatball pun. HAHA. tp rasa boleh tahan sama.
nampak macam main2 je resepi ni tapi adik aku bg thumbs up tauuuu. memang lah tak exactly sama dgn ikea tapi kalau dah craving sgt tu try lah. InsyaAllah jadi. Selamat mencuba u olls.
