Friday, July 29, 2011

status blog : updated *setelah sekian lama :)

Assalamualaikum kawan2 :)

di hari yang mulia ini *hari jumaat tambah pulak minggu depan nak puasa maka dengan titah perintah duli yang maha mulia yg dipertuan agong. saya penyimpan mohor besar raja raja INGIN MENG-UPDATE BLOG SAYA YANG SUDAH BERKEPUK HABUK BERSARANG LELABAH BERTELUR CICAK INI. sek
ian terima kasih.

aku nak cerita apa ni enan? buntu laa. *bermonolog sebentar.

haa. meh cerita pasal pengalaman puasa aku. hehe. *mesti enan suka :)

aku start puasa benar2 masa darjah 3 kott. itu pun entah laa penuh ke tak. hihi. yang paling aku tak boleh blaa sekali masa darjah berapa entah. adik2 aku tak puasa. mak aku pun masakkan mi megi. biasalaa
kalau kanak2 makan megi mesti tak habis. maka terbiar lah megi itu atas meja. hari itu puasa dah suku hari *petang laa maknanya tu ;bebal. aku dengan nafsu yang membuak2 tengok megi yang tak habis tu lalu diambil mangkuk berisi megi itu dan makan didalam toilet. YESSSSSS TOILET. buruk perangai. bukan bilik air ye tuan tuan. T-A-N-D-A-S. punyalaa nikmat aku makan megi tu. isk isk. macam dah setahun puasa rasanya. dah makan pekena pulak ayaq paip dalam toilet tu. huuuuuuuihhhh wa cakap sama lu. kenyang macam dah makan sekor kambing je rasa. bhahaha. memang geli kalau ingatkan balik. gila pengotor sial kau ni. hehe. nak buat cemana. dah aku lapar. *maaf bermonolog dengan diri sebentar.



ni lagi satu cerita. darjah enam. okay darjah enam kalau tak puasa nak
kena penampar ke? darjah enam ye guyss. tak puasa bersebab. hihi. aku pergi makan buah manggis depan cousin aku yang puasa. dia kata tak tahan dohh tengok kau makan manggis. yang aku ni pulak setan. alaa. makan je laa. tak payah takut. nah makan satu *sambil hulur sebijik kat dia. hehe. nasib laa iman dia kuat. kalau tak memang berjaya laa aku menyetankan dia.



okay ini yang betul2 berdosa punya kisah tak puasa. FORM 3. ini memang sial sikit. masa tu betul2 habis paper
PMR. jumaat. and yess i remember the day *rasa bersalah punya pasal sampai ingat hari. aku bukak puasa dengan kawan2. yang kawan aku ni sah sah tak puasa. kafir celup laa katakan. *maaf ayat menganjing sikit. memang tengah tunggu azan kott time tu. ku boleh pulak pergi ikut dia minum air sebelum azan. padahal lagi berapa minit je kott. huishh. aku time tu boleh pulak gelak2 sebab ter-opps. tak puasa. ahhhh. bila fikir balik memang nak cakap sial je kuat2.

okay laa. azam puasa tahun ni nak dapat keberkatan dari ALLAH SWT. lagipun mak dengan abah nak pergi haji. mintak2 puasa aku kali ni disertakan dengan doa supaya mak dengan abah selamat pergi dan pulang also dapat haji yang mabrur. AMIN.

SELAMAT BERPUASA YEAHH KAWAN2 :)

p/s : jangan baca blog ini di bulan ramadhan jika anda tak tahan tengok megi dan manggis dia atas.