Thursday, February 10, 2011

si Jumaat

mari kita cuba bersastera ini hari.

ya. bertemankan bantal yang berpeta2 ini. di luar sang manusia sedang sibuk mengejar dunia. rakus.

Kenapa dunia hari ini tak seperti biasa? seperti hari2 yang selalu aku perhatikan. tak gelap kerana aku bertemankan cahaya mentari yang sanggup menemani aku sepanjang hari walaupun berjuta batu jauhnya. cuma. masih ada sisa2 kekeliruan itu yang aku tak dapat leraikan.

ahh. biarkan perasaan itu neutral sendiri. jika aku bereksperimentasi dengan perasaan itu. bertambah pula keasidannya.

si Jumaat setia menunggu saatnya untuk tiba setiap kali pertemuan yang diaturkan untuknya setiap minggu oleh Yang Kuasa termaktub dalam Qada' dan Qadar. tapi. si Jumaat ini sama sekali tidak tahu saat yang paling istimewa untuk dia berkuasa. lebih berkuasa dari si Sabtu, si Ahad, si Isnin, si Selasa, si Rabu dan si Khamis. SUBHANALLAH.

dan. jika sang Manusia masih lagi terlalai dengan pujukan dunia. masih terbentang pintu itu. pintu yang akan tertutup bilamana tiba dua ketika. yakni diseru Israil dan bila si Jumaat berkuasa.

dan. jika sang Manusia masih mahu berpropaganda dengan sang Musuh. Silakan. kerana Penghuni Perut Bumi turut setia menanti untuk bersama2 berjuang bilamana si Jumaat berkuasa tetapi acapkali rancangannya digagalkan oleh dendangan Azan yang juga mampu melembutkan hati sang Manusia yang baran.

Segenap Makhluk tidak mengetahui bila si Jumaat ini akan berkuasa. malah si Jumaat sendiri tidak mengetahui bila. Kita serah sang Jiwa dan sang Raga yang hina ini kepada Yang Kuasa. Bertasbih. mulut mengkumat kamitkan pujian kepada Yang Kuasa. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LA ILAHA ILLA ALLAH, ALLAHHUAKBAR!